CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 9, 2011

ILMU TIANG PERKAHWINAN

Alhamdulillah..satu kewajipan telah aku sempurnakan..hanya tinggal persediaan utk mengamalkan apa yang telah aku perolehi..baru aku faham bahawa sesebuah perkahwinan itu tidak cukup dengan sekadar cinta malah ia memerlukan satu persediaan yang sangat maksimum untuk mencapai kebahagiaan di alam rumahtangga di samping mencapai redha Ilahi..aku menulis ini bukan bermakna aku sudah gila mahu berkahwin tapi hanya sekadar meluahkan rasa hati..aku sedar bahawa masih terlalu awal untuk aku mendirikan sebuah masjid yang memerlukan satu tanggungjawab yang sangat besar..sebaliknya aku semakin menyedari akan kepentingan ilmu dalam sesebuah perkahwinan..bukan mudah rupanya untuk menjadi seorang isteri yang wajib mentaati suaminya..bukan senang untuk menjadi seorang ibu yang bertanggunjawab akan anak-anaknya..dan bukan gampang untuk menjadi seorang menantu yang baik terhadap mentuanya..aku bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dalam usia begini aku telah diberi peluang untuk menyelami keindahan sesebuah ijab dan kabul..ini aku anggap merupakan satu bonus supaya aku lebih bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai "house manager" kelak..

Bohong..kalau aku katakan tidak terdetik rasa tidak sabar di hati ini..semua manusia mengimpikan seseorang yang menjadi idaman mereka untuk sama-sama melayari bahtera rumahtangga..namun itu semua sudah menjadi ketentuan Ilahi..Dia telah menjanjikan yang terbaik buat kita..hanya kita yang perlu berusaha dan berserah..bila sampai masanya kita harus atau akan menerima segalanya dengan hati yang ikhlas..cuma aku berpegang di sini..kalau kita menginginkan jodoh yang sempurna buat kita,kita dulu yang mesti menjadikan diri kita seorang yang sempurna..sesungguhnya lelaki yang baik untuk perempuan yang baik..walaupun terdetik rasa tidak sabar namun aku mesti didik hati aku supaya bersabar kerana perkahwinan adalah satu tanggungjawab..bukan sekadar lafaz ijab dan kabul..juga bukan sekadar ucapan atau janji-janji manis yang ditaburkan oleh setiap pasangan suami isteri tetapi ia adalah satu kewajipan dimana setiap suami dan isteri wajib menunaikan kewajipan masing-masing demi mencapai keberkatan Allah s.w.t di dalam sesebuah perkahwinan itu..oleh itu,dengan ilmu yang aku dapat sepanjang 3 hari 2 malam..aku mesti mempersiapkan diri aku secukupnya untuk aku melayari sebuah alam rumahtangga bersama seorang insan yang bernama lelaki yang belum aku ketahui identitinya..untuk mendirikan masjid memang terlalu awal untuk aku buat masa ini tetapi untuk bersedia memang sudah tiba masanya walaupun aku sendiri tidak tahu bilakah masanya akan tiba..Insya-Allah aku akan menjadi seorang isteri yang solehah..

Indah..itulah yang boleh aku ucapkan..memang sangat indah sebuah perkahwinan itu tetapi keindahan itu mestilah dibajai dengan tiga jenis vitamin..iaitu vitamin I.."ILMU"..dan mesti disemaikan dengan vitamin T.."TANGGUNGJAWAB"..dan mesti disuburkan dengan vitamin B.."BERKAT"..

Untuk memperoleh keberkatan dalan sesebuah rumahtangga haruslah bermula dari awal perkenalan seorang lelaki yang bakal menjadi suami dengan seorang perempuan yang bakal menjadi isteri..perhubungan antara kedua-duanya harus dijaga dan dibataskan selagi kedua-duanya belum dihalalkan antara satu sama lain dengan lafaz ijab dan kabul..malah pertunangan juga masih belum menghalalkan perhubungan antara keduanya lebih-lebih lagi hubungan yang belum diikat dengan apa-apa contohnya "coupling"..ini juga aku jadikan satu peringatan buat diri aku sendiri..satu lagi yang mesti diingat..sejauh mana kita mencintai suami atau isteri kita,ia tidak boleh membataskan rasa cinta kita terhadap Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w..

Akhir kata..ilmu adalah satu asas penting untuk melayari sesebuah perkahwinan..


"Ya Allah Ya Rasulillah..jika aku jatuh cinta..labuhkanlah cintaku kepada orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya s.a.w agar ia akan menambahkan lagi rasa cintaku terhadap Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w"

Tuesday, December 28, 2010

TAKDIR

Dihempas gelombang
Dilemparkan angin 
terkisah ku bersedih ku bahagia


Di indah dunia
yang berakhir sunyi
langkah kaki di dalam rencana-Nya


Semua berjalan dalam kehendak-Nya
nafas hidup cinta dan segalanya


Dan tertakdir menjalani 
segala kehendak mu Ya Rabbi 
ku berserah
ku berpasrah
hanya pada-Mu Ya Rabbi


Bila mungkin ada luka
cuba senyumlah
Bila mungkin tawa
cuba bersabarlah
kerana airmata tak abadi
akan hilang kan berganti


Bila mungkin hidup
hampa dan dirasa
mungkin kah hati merindukan Dia
kerana hanya dengan-Nya hatikan tenang
damai jiwa dan raga....

Monday, December 27, 2010

Menjelang 20

huh..2011 bakal tiba..apa yang akan terjadi???apa yang diri aku boleh ubah???..2011 akan membawa aku kepada satu alam yang boleh dikatakan alam lewat remaja..20 tahun..itu bermakna aku bukan lagi bayi,bukan lagi kanak-kanak,bukan lagi awal remaja..aku harus sedar akan realiti itu..ya..mmg aku sedar tp aku x pasti sama ada pemikiran aku,penampilan aku,diri aku akn menggambarkan aku seorang insan yang bergelar 20 tahun..hmm..mungkin ya dan mungkin tidak..apa-apa pun,dalam umur 20 tahun..aku mesti berubah ke arah yang lebih baik demi mencapai apa yang aku inginkan iaitu kejayaan dunia dan yg paling penting kejayaan di akhirat kelak..hidup di dunia ni mesti seiring dengan keredhaan dari Allah s.w.t...must remember it!!!